PARIS – Bekas Presiden Perancis, Jacques Chirac meninggal dunia pada usia 86 tahun.
Chirac menjadi ketua negara sejak 1995 hingga 2007, merupakan antara tokoh politik paling lama di Eropah.
Beliau pernah dua kali menjadi Presiden dan Perdana Menteri Perancis serta 18 tahun menjadi Datuk Bandar Paris.
Selama bertahun-tahun beliau mengalami kehilangan memori disebabkan Alzheimer. – MalaysiaGazette