KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan ({H) dipersoalkan tentang janji untuk pelaksanaan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada suri rumah yang pernah dicanang dalam Buku Harapan.
Caruman itu melibatkan dua peratus daripada gaji suami dan RM50 daripada dana kerajaan.
Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, sekarang sudah 16 bulan memerintah dan adakah ia masih dalam kajian.
“Jikalau surirumah yang baru berkahwin ketika kerajaan PH mengambil alih kuasa pada Mei 2018 dulu besar kemungkinan sebahagian mereka telah pun mempunyai anak dan dah habis pantang pun,” sindirnya.
Beliau berkata, rakyat akan terus menuntut janji-janji manis yang ditabur PH yang mengakibatkan rakyat terpedaya dan tertipu dulu.