Home Politik Khalid, jangan jaga tepi kain orang

Khalid, jangan jaga tepi kain orang

Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR – Khalid Abdul Samad jangan jaga tepi kain orang sebaliknya menumpukan perhatian kepada kerjanya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan Parti Amanah Negara.

Presiden MCA membuat kenyataan itu selepas Khalid memuat naik Tweet di bawah.

Image may contain: 1 person, smiling, text

Semalam, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berkata, Barisan Nasional harus membiarkan pertandingan MCA dalam pilihan raya kecil Parlimen Tanjung Piai, kata anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam.

Katanya, orang Melayu tidak mempunyai sebarang masalah kerana telah membuktikan sudah kembali menyokong UMNO dan Pas.

“Hari ini, kita perlu mengambil cabaran yang lebih besar untuk menunjukkan bahawa kaum India dan Cina telah menolak pentadbiran Pakatan Harapan dan mengembalikan sokongan mereka kepada MIC dan MCA Barisan,” katanya.

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong bertanya apakah menteri itu mahu menjadi batu api atau mahu melaga-lagakan semua parti pembangkang.

“Nak perli atau nak caci? Untuk apa? Nampak sangat berniat jahat!,” katanya sambil menyifatkan Khalid seorang hipokrit.

Tambah Ahli Parlimen Ayer Hitam itu lagi: “Khalid, jangan jaga tepi kain orang! Tengok parti sendiri. 148 AGM cawangan dan sayap PAN terbatal. Tak malu ke?”.

Tidak cukup dengan itu, Ka Siong terus mengasak Khalid dengan mempersoalkan di mana pelaburan RM1.6 trillion dari Qatar seperti yang pernah diumumkan sebelum ini.

“Dah lesap ke?

“Ya tak ya, apa cerita dan perkembangan “cryptocurrency”, Harapan Coin? Untung banyak ke?,” tanya Ka Siong. – MalaysiaGazette