Home Nasional Peguamcara Negara dicadang ambil alih dakwa 4 perusuh

Peguamcara Negara dicadang ambil alih dakwa 4 perusuh

memoirs of former Attorney General (AG), Tommy Thomas, My Story: Justice in the Wilderness be prevented or stopped by an interim injunction? ACAB Anti-Corruption Advisory Board
Tommy Thomas

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mendesak polis menangkap semula empat orang perusuh yang pernah ditahan reman kerana memukul Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim tetepi dibebaskan dengan jaminan polis pada 10 Disember 2018.

Malah, parti itu juga mahu Peguamcara Negara mengambil alih tanggungjawab Peguam Negara mengikut Seksyen 40A Jadual Kesebelas Perlembagaan Persekutuan kerana tidak lagi percaya kepada kredibiliti Tommy untuk mengeluarkan surat izin pendakwaan.

Ia berikutan Mahkamah Koroner yang sama telah memutuskan secara prima facie bahawa beliau telah melakukan kesalahan menghina Mahkamah.

Naib Presiden Putra, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, apabila tindakan Peguam Negara telah menghina Mahkamah Koroner, ia bakal memprejudiskan keputusan beliau sama ada untuk mendakwa atau tidak mendakwa empat lelaki India berkenaan.

Selaras dengan itu, katanya, Putra mendesak Tommy mengeluarkan kenyataan media mengecualikan diri beliau daripada membuat apa-apa keputusan berkaitan pendakwaan ke atas empat lelaki India tersebut atas alasan konflik kepentingan seperti mana kenyataan media beliau menarik diri daripada mencampuri kes pendakwaan Lim Guan Eng suatu ketika dahulu.

Menurutnya, empat lelaki India itu perlu didakwa di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh di hukum gantung sampai mati.

Tegasnya, pentadbiran “Rule Of Law” yang dijanjikan Kerajaan Pakatan Harapan hendaklah dilihat oleh rakyat akan dilaksanakan, walaupun setakat ini rakyat masih sangsi dengan retorik politik mempermainkan kesucian istilah berkenaan.

Khairul Azam berkata, inilah peluang kepada kerajaan untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap integriti dan kredibiliti institusi kehakiman dan perundangan di Malaysia dengan melakukan tindakan yang betul iaitu penarikan diri Peguam Negara dari mencampuri proses pembuatan keputusan.

Katanya. kegagalan Peguam Negara melakukan tindakan yang betul ini akan menghampakan seluruh rakyat Malaysia yang mendambakan keadilan untuk Allahyarham Muhammad Adib. – MalaysiaGazette