Home Nasional Setiausaha Politik buat laporan polis ke atas blog

Setiausaha Politik buat laporan polis ke atas blog

Mahmood Kassim

KUALA LUMPUR – Setiausaha Politik Menteri Pendidikan, Mahmood Kassim membuat laporan polis terhadap sebuah blog, captainm777.wordpress.com, yang didakwa memfitnah dengan menyatakan beliau diberi kenderaan pelbagai guna (MPV), Toyota Vellfire daripada kontraktor.

Menurut Mahmood, beliau akan berbincang dengan peguamnya  berkenaan tatacara seterusnya untuk menyaman blog dan penulis
artikel itu.

“Saya percaya ini adalah langkah terdesak pihak-pihak tertentu yang mahu menjatuhkan kredibiliti Menteri Pendidikan, Yb Dr Maszlee Malik dengan mengaitkan pembelian kereta saya secara peribadi dengan cerita yang sensasi dan tidak benar,” katanya dalam kenyataan.

Mahmmod juga telah membuat laporan yang sama kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sebelum itu. – MalaysiaGazette