TEKRINI : Perlu Tingkatkan Pembelajaran Untuk Pendidikan Khas – Maszlee Malik

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menitiskan air mata hari ini dengan menyatakan beliau bimbang ada pegawai-pegawai di kementeriannya yang tidak sehaluan dengan aspirasi yang mahu ditonjolkan beliau.

Justeru itu, beliau menyeru agar golongan pelaksana yang tidak sehaluan ini agar mengenepikan kepentingan peribadi masing-masing kerana akan menjejaskan aspirasi kerajaan sekaligus masa depan pelajar-pelajar di negara ini.