Home Ekonomi Azman Hussin terajui SSM

Azman Hussin terajui SSM

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Dr. Azman Hussin telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) selama dua tahun berkuatkuasa 28 September 2019.

Beliau menggantikan Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner yang bersara wajib pada 28 September 2019.

Azman mempunyai pengalaman dan kepakaran luas dalam bidang keusahawanan, korporat, teknologi dan strategi perniagaan.

Beliau pernah menjadi ahli Lembaga Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Silicon Vision Corporation, TSI-Telsys Corporation yang disenaraikan di Bursa Saham Montreal, Canada dan berpengalaman bekerja dalam bidang strategi korporat di Qatar Steel Company dan Ooredoo (dahulunya Qatar Telecom). – MalaysiaGazette