Home Sukan Bekas kapten skuad kebangsaan meninggal dunia

Bekas kapten skuad kebangsaan meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Lagenda bola sepak negara, Datuk M. Chandran meninggal dunia pada jam 7.30 pagi tadi di kediamannya di Ampang Jaya.

Beliau berusia 77 tahun.

Mendiang yang pernah menjadi kapten skuad kebangsaan dan Selangor, merupakan anggota skuad Olimpik 1972 di Munich dan turut pernah menjadi jurulatih kebangsaan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia dalam kenyataanya menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan menyifatkan kematian Chandran satu kehilangan besar kepada bola sepak negara.

“Jasa dan pengorbanannya pasti akan terus dikenang selamanya,” kata FAM. – MalaysiaGazette