Beliau berkata, formula baharu itu telah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan tetapi beliau tidak menyatakan tarikhnya.
Abang Johari berkata, beliau sedar bahawa entiti berkaitan kerajaan itu adalah sebuah syarikat antarabangsa tetapi itu tidak bermakna ia menyebabkan negeri kehilangan hasil.
Ketika mengekalan Petronas sebagai syarikat antarabangsa, ada formula yang membolehkan Sarawak juga mengambil bahagian.
“Kami-lah yang menghasilkan bahan mentah untuk Petronas dari segi gas serta minyak mentah, terutama gas, jadi saya mempunyai formula saya yang bersifat komersial,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan sempena Hari Wanita Sarawak 2019, di sini, hari ini.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan sebagai berkata di New York semalam bahawa memberi 20 peratus royalti minyak kepada Sarawak dan Sabah bermakna Petronas tidak lagi menjadi syarikat minyak antarabangsa seperti sepatutnya.
Dr Mahathir juga dipetik sebagai berkata bahawa kerajaan cuba untuk mencari kaedah mengenai bagaimana ia dapat menyalurkan lebih banyak dana kepada kedua-dua negeri tanpa menjejaskan kekuatan Petronas.
Abang Johari berkata beliau bagaimanapun tidak dapat mendedahkan butir formula itu kerana ia masih dalam proses perundingan dengan kerajaan persekutuan. – MalaysiaGazette