KUALA LUMPUR – Sultan Ismail Petra Sultan Yahya Petra mangkat pada jam 8.11 pagi tadi di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan.
Baginda berusia 70 tahun.
Jenazah Almarhum akan dibawa ke Istana Balai Besar untuk istiadat penghormatan kali terakhir, menurut Facebook Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan Al-Muhammadi.
Istiadat pemakaman akan dilangsungkan selepas solat asar di Makam Diraja Langgar Kota Bharu.
Almarhum menaiki takhta sebagai Sultan Kelantan pada 30 Mac 1979 sehingga 13 September 2010.- MalaysiaGazette