TERKINI : 17 Syarikat Setuju Jual Projek Rumah PRIMA – Zuraida Kamaruddin

SUBANG JAYA – Sebanyak 17 daripada 94 pemaju projek rumah mampu milik di bawah Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) dibenarkan menjual rumah yang dibinanya.

Sebelum ini, mereka hanya dibenarkan membangunkan projek itu.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, tindakan itu diambil selepas kesemua 17 pemaju projek berkenaan memperbaharui perjanjian rakan kongsi PR1MA.

“Tujuh belas pemaju ini melibatkan 12,527 unit rumah mampu milik jenis strata dan teres fasa pertama di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.