TERKINI : Maszlee Malik “Menangis” ketika Berucap

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menitiskan air mata apabila menyuarakan kebimbangannya mengenai kemungkinan ada dalam kalangan pegawai -pegawai di kementeriannya yang tidak sehaluan dengan aspirasi yang mahu beliau ditonjolkan.

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru golongan pelaksana itu agar mengetepikan kepentingan peribadi masing-masing kerana ketidaksepakatan hanya akan menjejaskan aspirasi kerajaan sekaligus masa depan pelajar-pelajar di negara ini.