Home Dunia Arab Saudi laksana kod kesopanan awam

Arab Saudi laksana kod kesopanan awam

RIYADH – Arab Saudi akan mengenakan denda ke atas 19 kesalahan berkaitan kesopanan awam, seperti mengenakan pakaian tidak sopan dan menunjukkan kemesraan kepada umum ketka negara itu dibuka kepada pelacong asing.

Keputusan Kementerian Luar itu disusuli pelancaran visa yang membenarkan pelancong dari 49 negara yang mahu melawat negara paling tertutup di dunia, lapor Reuters.

Sehingga kini, kebanyakan pelancong adalah beragama Islam dan ahli perniagaan.

Kesalahan-kesalahan yang disenaraikan dalam laman sesawang visa baharu itu termasuk membuang sampah, meludah, memotong barisan, merakam gambar dan video tanpa kebenaran dan bermain muzik pada masa solat.

Denda yang dikenakan ialah antara 50 riyal hingga 6,000 riyal.

“Peraturan ini bagi memastikan para pelawat dan pelancong sedar undang-undang berkaitan kelakuan di hadapan orang ramai, oleh itu mereka perlu mematuhinya,” kata kenyataan media kerajaan.

Menurut kenyataan itu, hanya polis mempunyai tanggungjawab untuk memantau kesalahan dan melaksanakan denda. – Agensi