Home Utama Terimalah hakikat jika Anwar ditakdirkan tidak jadi PM8 – Khairuddin

Terimalah hakikat jika Anwar ditakdirkan tidak jadi PM8 – Khairuddin

Khairuddin Abu Hassan

KUALA LUMPUR – Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, hanya kalangan  mereka kurang akal dan otak  bercakap mengenai jawatan perdana menteri kelapan sedangkan Tun Dr Mahathir Mohamad baru setahun menerajui tampuk pemerintahan negara.

“Mereka ini kalangan kurang otak kerana baru setahun Tun Dr Mahathir Mohamad pegang jawatan perdana menteri; mereka sudah sibuk untuk bercakap mengenai PM8!” katanya dalam kenyataan.

Khairuddin merujuk kenyataan Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Dr Syed Husin Ali semalam jika benar Dr Mahathir hanya akan menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum pilihan umum raya ke-15, ia umpama membunuh PH dan parti.

Mengulas lanjut, katanya, sekiranya Anwar ikhlas beliau sepatutnya turut menyumbang tenaga membantu perdana menteri sama-sama membaiki kerosakan negara yang dakwanya disebabkan oleh rejim kleptokrasi.

Malah, katanya, sebagai persediaan untuk menjawat jawatan perdana menteri kelapan, Anwar tidak kelihatan berganding bahu dengan perdana menteri masa kini tetapi hanya bercakap mengenai jawatan PM8 sahaja.

“Bagi tahu Anwar Ibrahim buat kerja dulu barulah bercakap mengenai jawatan, Jangan hanya pandai baling batu sorok tangan!’katanya.

Beliau juga membangkitkan soalan kepada Syed Husin apakah jaminan yang Anwar boleh menjamin kejayaan cemerlang sekiranya diberi peluang menggantikan Dr Mahathir esok?

Katanya, cakap-cakap seperti Syed Husin itu bakal menyebabkan PH kemungkinan tumbang pada PRU15 kerana rakyat amat jelek serta jengkel melihat agenda PH seolah-olah hanyalah untuk berebut jawatan.

“Untuk pengetahuan Syed Husin dalam mana-mana perjuangan kalau kita ikhlas untuk berjuang; tanpa jawatan pun kita boleh buat pelbagai sumbangan bagi menguatkan PH,” katanya.

Khairuddin turut menekankan tentang kemahuan rakyat sekarang ini yang menurut beliau mahu melihat semua pemimpin dalam PH bersatu hati dan bergabung tenaga ke ara membina Malaysia baharu.

Katanya, Dr Mahathir tidak akan mampu membuat kerja dengan tenang seandainya puak-puak yang disifatkan sebagai parasit itu hanya bercakap untuk berebut jawatan tanpa memberikan apa-apa sumbangan bagi membina semula negara Malaysia.

“Sekali lagi saya ingin ingatkan puak-puak lemah minda ini untuk bersabar dan jangan ulang kesilapan lama yang kemungkinannya boleh mengundang sejarah hitam tahun 1998 daripada berulang kembali.

“Sedarlah dan percayalah pada ketentuan Allah SWT. Peganglah pada hukum qadha dan qadhar,” katanya.

Menurut Khairuddin, seandainya Allah SWT mengizinkan Anwar isebagai PM8 maka beliaulah pengganti Dr Mahathir.

“Tetapi sekiranya sebagai contoh Tuhan kata itu hak orang lain seperti Dato Seri Azmin Ali atau sesiapa yang lain; maka terimalah hakikat ini dengan hati yang terbuka,” katanya. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan:

Kalau PRU15 baru serah jawatan, itu membunuh parti dan PH – Syed Husin

4 Komen

  1. Dia bunuh pati ph pun tak mengapa Khairuddin. Parti menipu. Bukan nak perbaiki kerosakan negara. Sebuk nak jawatan PM. Segala janji-janjinya yang ditaburkan semua penipu. Kalau anuar jadi PM. DAP yang suka. Bukan melayu suka.

  2. Dari segi teori aku setuju dan sokong Bapak Khairuddin itu, tapi dari segi praktikalnya kedua duanya hanya mampu berjanji, utk laksana janji ,#Hancing * Dalam hakikat sebenar kerajaan sekarang, utk memenohi janji, field, membantu rakyat dalam menangani bebanan sara hidup,field, yg berjaya di bena ialah Perkauman Racis. Sampai tahap kematian pun nak tanamkan Perkauman dan racis itu. Pada halnya disana telah ujud pelbagai Undang2 yg telah sekian lama.

  3. Sekiranya -AKU JANJI-telah di materai bersama antra majlis PERESIDAN parti2 komponan ddlm PH,Justeru itu,ddlm islm semua individu yg beriman sedia mklum itu adalah salah satu resolusi garis panduan al-quraan bhwa politik islm mengajar umatnya wajib menunaikan AMANAH يايهاالذين ءامنوا اوفوا بالعهود،،،،،الى آخرالاية،،سورة ءال عمران،Wahai org yg beriman hendaklah kamu menunaikan segala janji janji2 yg kamu telah meteraikn,,awas jgn siapa cuba bermain dgn api al-quraan ini kelak علامة النفاق ثلاثة:اذا حدث كذب،واذاائتؤمن خان،واذا عاهد اخلف،،او كما قال،الرسول،،Ada 3 tanda2 munafiq;apabila bercakap berbohong,bila di serahkn amanat khianat,bila berjanji menyalahi,awas golongan munafiq balasannya adalah neraka jahannam,meskipun org itu solat,puasa,berbuat baik,menunaikn hj di Mekah,dll,di himpunkan oleh Allah bersama2 Firaun,Namrud,Abu Jahal,& Qoorun neraka fist kelas,no 1,yg paling panas,jgn cuba membuat ulasan sebarangn klu anda tidak tahu cerita sebenarnya tentang perjanjian mjlis peresidan ddlm PH eloknya tutup mulut di bimbangi anda bersubahat ddlm hal tersebut,,balasannya bersekali dgn munafiq…kluvdah JAHIL duduk diam2 usah bercakap…nama shj islm,tapi islm munafiq..

  4. Cukup lah. Rakyat mahu TunM berundur secepat mungkin dan melepaskan jawatan PM kepada Anwar. Rakyat masih ingat TunM dan parti Bersatu bertanding PRU14 menggunakan logo parti PKR atas jasa baik Anwar dan PKR. Jgn mungkir janji yg sudah dipersetujui kesemua pihak PH sebelum PRU14. Harus ingat bukan TunM dan parti Bersatu yang menentukan masa peralihan kuasa.

Comments are closed.