Home Nasional Bekas Setiausaha Pejabat Timbalan KSU akan didakwa terima suapan RM1.5j

Bekas Setiausaha Pejabat Timbalan KSU akan didakwa terima suapan RM1.5j

Bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang baharu ketika tinjauan Malaysia Gazette di Putrajaya. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 13 OKTOBER 2017

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendakwa bekas Setiausaha Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha (KSU) sebuah kementerian di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas kesalahan meminta suapan.

Wanita berusia 39 tahun itu akan didakwa dengan beberapa pertuduhan di bawah Akta SPRM 2009 dan Seksyen Kanun Keseksaan.

“Wanita berkenaan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi esok pukul 9 pagi atas kesalahan meminta suapan daripada ejen hartanah sebagai ganjaran untuk mendapatkan tender penjualan hartanah milik kerajaan di luar negara pada November dan Disember 2018,” demikaan menurut SPRM dalam satu kenyataan hari ini.

Malah menurut SPRM, wanita itu pernah ditahan pada Februari lalu kerana meminta dan menerima suapan yang dianggar bernilai RM1.5 juta. – MalaysiaGazette