Home Utama Tidak hormat lagu Negaraku boleh dipenjara

Tidak hormat lagu Negaraku boleh dipenjara

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Deputi Komisioner Mior Faridalatrash Wahid foto SYAFIQ AMBAK, 30 SEPTEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Sekumpulan lapan individu termasuk seorang wanita yang enggan berdiri ketika Lagu Negaraku berkumandang boleh dikenakan tindakan denda dan penjara di bawah Akta Lagu Kebangsaan 1968.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, perbuatan mereka adalah satu kesalahan yang boleh disabitkan mengikut akta yang sedia ada khusus untuk lagu kebangsaan di negara ini.

Kejadian tersebut dirakam dalam saty majlis di Sarawak dan video tersebut viral dalam media sosial sejak dua hari lalu.

“Ini satu kesalahan di bawah Akta Lagu Kebangsaan kerana gagal memberi penghormatan atau tidak berdiri semasa lagu NegaraKu dinyanyikan.

“Kalau dilakukan di hadapan pegawai polis yang hadir semasa kejadian sudah pastiĀ  akan ditangkap polis.

“Namun saya lihat setakat ini belum ada laporan polis yang diterima…jika ada terima mungkin kita akan siasat dan ambil tindakan tegas,” kata Mior Faridalathrash dalam sidang media harian di Bukit Aman hari ini.

Sebelum itu, tular satu video memaparkan lagu Negaraku sedang dinyanyikan dalam satu majlis.

Ketika semua hadirin berdiri menyanyikan lagu kebangsaan, ada sekumpulan hadirin kelihatan duduk sambil bersembang dan menikmati makanan yang terhidang di atas meja.

Mereka tidak berdiri dan hanya tersenyum ketika video dirakam.

Menurut satu hantaran di Facebook, majlis tersebut adalah makan malam yang berlangsung semalam dan kumpulan yang tidak berdiri ketika lagu kebangsaan dinyanyikan itu adalah pasukan sukarelawan S4S.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Siapa mereka dan mengapa tidak berdiri ketika lagu NegaraKu dinyanyikan?