KUALA LUMPUR – Kedah akan berentap dalam aksi separuh akhir bertemu skuad Pahang selepas mudah menjinakkan PKNP FC 4-1 pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysioa 2019 semalam.
Dalam aksi di Stadium Darul Aman malam tadi, Lang Merah mara ke separuh akhir dengan agregat 6-2.
farhan Roslan merembat gol pertama Lang Merah pada minit ke-24 sebelum membantu rakannya pemain import Jonathan Bauman menambah jaringan kedua Kedah.
Pada babak kedua, David Rowley menambah gol ketiga untuk skuad Jelapang Padi itu menerusi tandukan kencang pada minit ke-72.
PKNP yang tidak patah semangat dengan dibolos tiga gol di tempat lawan bangkit membuka gol pertama meneruai pemain berusia 17 tahun, Mukhairi Ajmal Mahadi pada minit ke-80.
Kedah melengkapkan perlawanan apabila Fayadh Zulkifli Amin menambah gol keempat pada minit ke-90.
Dalam satu lagi perlawanan suku akhir kedua, Pahang kendalian Dollah Salleh buat kali pertama sejak musim 2015 melangkah ke separuh akhir setelah membelasah Melaka 3-1 di Stadium Darul Makmur dengan agregat 6-1.
Pada awal permainan di babak pertama kedua dua pasukan memulakan aksi agak perlahan.
Skuad Tok Gajah yang berazam untuk mengesahkan kemaraan ke separuh akhir selepas 4 musim tercapai apabila Lazarus Kaimbi membuka jaringan pada minite k-41 sebelum tamat separuh masa pertama.
Di separuh masa kedua, skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan tanpa mengambil masa lama berjaya bangkit mengikat kedudukan 1-1 menerusi sepakan percuma Nazrin Nawi pada minit ke-54.
Namun ia tidak bertahan lama apabila bintang Pahang Dickson Nwakaeme meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan menerusi gol kedua pada minit ke-64.
Nwakaeme sekali lagi muncul wira pasukan Tok Gajah apabila meledakkan gol ketiga dan juga kemenangan sebelum keputusan memihak kepada Pahang dengan 3-1.
Dalam satu lagi separuh akhir JDT akan bertemu Selangor yang mana aksi separuh akhir untuk keempat empat masukan dijadualkan pada 18-20 dan 25-26 Oktober ini.