Home Ekonomi Perodua raih emas Anugerah Jenama Putra

Perodua raih emas Anugerah Jenama Putra

Naib-Presiden Perodua Auto Corporation Sdn Bhd Datuk Ahmad Suhaimi Hashim menerima Anugerah Emas, Emas dalam kategori Automotif di Majlis Anugerah Jenama Putra 2019 yang diadakan baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Perodua telah meraih Emas dalam kategori Automotif di Majlis Anugerah Jenama Putra 2019 yang berprestij semalam, menjadikannya tahun ketiga berturut-turut pengeluar kenderaan tersebut dinamakan sebagai salah satu jenama automotif kegemaran Malaysia.

Perodua telah memenangi anugerah dalam sembilan daripada 10 tahun anugerah tersebut diadakan. Jenama tersebut memenangi Emas pertamanya pada 2017 dan Emas keduanya pada 2018.

Anugerah Jenama Putra mengiktiraf jenama-jenama kegemaran Malaysia berdasarkan wawancara awam, melibatkan lebih 8,000 responden unik tahun ini.

Ia dianjurkan Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As), merupakan satu-satunya anugerah jenama di negara ini yang diperakui oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). – MalaysiaGazette