BEIJING – China yang akan mengadakan perarakan tentera terbesarnya pada Selasa ini sebagai sebahagian daripada sambutan 70 tahun pemerintahan Parti Komunis, bakal mempamerkan sejumlah senjata apinya.
China adalah negara yang memperuntukan belanjawan tentera kedua terbesar di dunia.
Perbarisan ketenteraan – akan berlangsung di Dataran Tiananmen di hadapan pemerintah, pegawai, ahli awam terpilih dan 188 wakil tentera dari 97 negara.
Jurucakap Kementerian Pertahanan China berkata, negara itu tidak berhasrat untuk mempamerkan kuasanya dengan pertunjukan senjata apinya tetapi melakukan demonstrasi itu demi ‘keamanan dan tanggungjawab China’.
Kementerian itu melaporkan bahawa 15,000 anggota tentera akan mengambil bahagian, termasuk 59 elemen tentera yang berlainan membabitkan 580 peralatan ketenteraan dan 160 pesawat.
Presiden Xi Jinping akan menyaksikan pameran dan pertunjukan tentera di sepanjang Chang’an Avenue – jalan utama Beijing – dan selepas itu perarakan tentera, perisai dan pesawat akan melalui Dataran Tiananmen.
Buat kali pertama, 8,000 kontinjen dari pasukan penyelenggara keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu akan turut serta.
Tentara Pembebasan Rakyat (PLA) pastinya teruja untuk mempamerkan platform senjata baru yang canggih, yang semuanya aktif. – MalaysiaGazette