JAKARTA – Pulau Komodo yang menjadi penempatan biawak Komodo tidak akan ditutup kepada pelancong pada tahun depan tetapi skim keahlian berharga AS$1,000 akan akan diperkenalkan.
Ia merupakan pengumuman terkini oleh Indonesia yang sebelum ini merancang untuk menutup pulau itu bagi melindungi biawak tersebut dan habitatnya.
Pada masa ini, para pelancong perlu membayar sebanyak AS$10 untuk memasuki pulau berkenaan.
Pada tahun 2018, seramai 176,000 pelancong mengunjungi Komodo, meningkat dari 44,000 pada tahun 2008.
Julai lalu, gabenor tempatan berkata, pulau itu perlu ditutup bagi menghentikan proses pembiakan populasi komodo.
Bagaimanapun, gabenor berkata, pulau itu akan dibuka selepas setahun tetapi sebagai destinasi eksklusif.
“Orang ramai perlu menjadi ahli dan membayar AS$1,000 untuk memasuki bagi tempoh setahun,” kata Gabenor Viktor Bungtilu Laiskodat.
Beliau menyifatkan harga yang ditawarkan itu murah. – MalaysiaGazette