KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapat izin daripada Peguam Negara bagi mendakwa bekas Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Datuk Zahrah Abd. Wahab Fenner berhubung beberpa kes rasuah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Menurut kenyataan suruhanjaya itu, anak Zahrah, Abdulazeez Wan Ruslan juga akan didakwa berkaitan kes yang sama.
“Mereka juga telah dipanggil di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada pukul 2 petang ini bagi melengkapkan proses akhir siasatan dan pendakwaan tersebut,” keta kenyataan itu. – MalaysiaGazette