Home MGNews TERKINI : PRK Tanjung Piai: 2 Nov Penamaan Calon, 16 Nov Hari...

TERKINI : PRK Tanjung Piai: 2 Nov Penamaan Calon, 16 Nov Hari Mengundi

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 2 November ini (Sabtu) sebagai hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Manakala hari mengundi pula ditetapkan pada 16 November (Sabtu).

Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, tempoh berkempen yang ditetapkan adalah 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon sehingga pukul 11.59 malam, 15 November 2019.