Home Sukan Cardiff City rujuk keputusan FIFA ke mahkamah timbang tara sukan

Cardiff City rujuk keputusan FIFA ke mahkamah timbang tara sukan

Cardiff mahu polis, FIFA dan FA siasat ketidaktentuan yang berlaku disebalik pembelian Sala.

LONDON – Cardiff City akan mengemukakan rayuan menentang keputusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang mengarahkan kelab itu menjelaskan bayaran ansuran pertama 5.3 juta pound sebagai pembelian mendiang Emiliano Sala.

Skuad the Bluebirds tidak berpuas hati akan mencabar keputusan FIFA itu ke Mahkamah Timbang Tara Sukan yang berpusat di Lausanne, Switzerland dalam masa terdekat ini.

Bintang Argentina itu yang berusia 28 tahun telah meninggal dunia dalam nahas pesawat ketika terbang ke Perancis untuk menyertai kelab baharu.

Cardiff dan Nantes sejak tragedi itu terlibat dalam pertengkaran melibatkan bayaran yuran pemain itu.

Cardiff mendakwa mereka tidak mampu menjelaskan yuran penuh sebanyak 15 juta pound sekali bayar kerana Salah belum disahkan sebagai pemain rasmi kelab itu ketika meninggal dunia.

Maka kelab itu enggan membayar yuran awal sambil mendakwa perjanjian pembelian itu tidak dimuktamadkan secara sah di sisi undang-undang.

BBC difahamkan bahawa yuran ansuran kedua daripada 15 juta pound itu telah dipersetujui untuk Sala perlu dijelaskan pada Januari tahun depan.

Nantes pula berhujah bahawa kontrak Sala bersama Nantes tamat selepas dia menandatangani kontrak bersama Cardiff.

Cardiff telah merekrut Sala sejak mereka beraksi dalam Liga Perdana Inggeris sebelum tersingkir dan turun ke divisyen kejuaraan.

Cardiff mendakwa perpindahan pemain itu terbatal dan tidak sah kerana kelab itu telah menolak beberapa kualsa yang dituntut Nante dalam kontrak asal yang mana versi tulennya tidak sempat diteliti dan ditandatangani Sala.

Ini bermakna pemain itu tidak didaftarkan secara rasmi sebagai pemain EPL dibawah Cardiff.

pesawat jet yang membawa Sala dan juruterbangnya David Ibbotson, 59, terhempas di lautan English Channel pada 21 Januari lalu iaitu dua hari selepas penghijrahan pemain itu diumumkan dalam media di Eropah.

Mayat pemain itu telah ditemui dari serpihan pesawat tetapi mayat juruterbangnya tidak dapat ditemui sehingga hari ini.

Laporan bedah siasat kemudian mendedahkan Sala meninggal dunia akibat terdedah kepada tahap gas karbon monoksida yang terlampau ketika nahas itu.- MalaysiaGazette