KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Zahrah Abd Wahad Fenner didakwa dengan 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.718 juta.
Pendakwaan 31 pertuduhan itu dibuat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang mana jika didapati bersalah setiapnya boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun, selain denda lima kali ganda nilai suapan.
Manakala anaknya, Abdulazeez Wan Ruslan pula berhadapan dengan empat pertuduhan bersuhabat dengan ibunya yang didakwa menerima rasuah berjumlah RM160,000. Dua pertuduhan yang dihadapinya di bawah Akta SPRM.