TERKINI : “Pengundi 18 Tahun Belum Boleh Mengundi Lagi” PRK Tanjung Piai – Pengerusi SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini berkata pengundi di Parlimen Tanjung Piai yang berusia 18 tahun pada tahun ini tidak boleh lagi mengundi di kawasan itu bulan depan.

Menurut Pengerusinya, Datuk Azhar Azizan Harun, halangan itu tidak dapat dielakkan kerana tarikh penguatkuasaan peraturan baru itu masih belum diisytiharkan meskipun ia telah diluluskan dalam Dewan Rakyat pada Jun lalu.

“Tidak boleh lagi (18 tahun mengundi) sebab belum dikuatkuasakan lagi.

“Calon 18 tahun boleh bertanding kerana undang-undang sebegitu yang diluluskan,” katanya.