GOLONGAN wanita terutama suri rumah tangga perlu keluar daripada zon selesa dan sentiasa berusaha memajukan diri agar dapat membantu diri serta keluarga mereka khususnya dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa dan mendatang.
Kesibukan menguruskan rumah tangga tidak boleh dijadikan alasan untuk hanya bergantung kepada suami sebagai ketua keluarga kerana ia boleh menyebabkan sesebuah institusi tersebut berhadapan dengan masalah sekiranya berlaku keadaan luar jangka seperti kecemasan, konflik dan sebagainya.