Home Nasional TV3 minta maaf pada Nie Ching

TV3 minta maaf pada Nie Ching

KUALA LUMPUR – TV3 meminta maaf kepada Timbalan Menteri Pendidikan dan penonton Buletin Utama susulan berita yang disiarkan malam semalam dalam kenyataan bahasa Mandarin.

Dalam menjelaskan kekhilafannya, TV3 berkata, petikan Teo Nie Ching dalam bahasa Mandarin itu sepatut digunakan hanya untuk berita Mandarin di NTV7 dan 8tv sahaja.

“Selagi lagi kami memohon maaf atas kejadian yang tidak disengajakan,” kata TV3.

Permohonan maaf itu dikemukakan selepas Teo dikecam oleh orang ramai susulan kenyataannya dalam bahasa Mandarin disiarkan di Buletin Utama, yang menggunakan medium bahasa Melayu.

Dalam kenyataannya, Teo menyifatkan stesen televisyen TV3 bersifat tidak adil terhadap beliau sehingga mencetuskan kemarahan ramai pihak.

Sehubungan itu, beliau menuntut TV3 memberi penjelasan berhubung isu tersebut.

Teo menjelaskan, beliau sememangnya mengulas dalam bahasa Malaysia sebelum diminta oleh wartawan NTV7 untuk mengulangi kenyataannya itu dalam bahasa Mandarin.

“Tetapi saya pun tidak faham mengapa TV3 hanya keluar kenyataan saya dalam bahasa Mandarin sedangkan saya mengulas dalam Bahasa Malaysia sebelum itu. Itu tidak adil bagi saya dan saya minta TV3 ambil tindakan dan sepatutnya menjelaskan perkara itu,” ujar Teo. – MalaysiaGazette