Home Dunia 4 anak kapal kargo maut selepas pesawat hilang dari radar

4 anak kapal kargo maut selepas pesawat hilang dari radar

Pesawat kargo Antonov-12. Foto Agensi

KIEV – Empat anak kapalĀ  terbunuh selepas sebuah pesawat kargo Antonov-12 milik Ukraine membuat pendaratan kecemasan 1.5 kilometer dari lapangan terbang Lviv.

Pesawat itu telah dilaporkan hilang dari radar di barat Ukraine awal hari hari ini.

Pesawat empat enjin itu hilang dari radar pada jam 7.10 pagi waktu tempatan (0410 GMT) ketika berada 13.7 kilometer (km) dari lapangan terbang, kata perkhidmatan kecemasan Ukraine.

Bagaimanapun, pada pukul 07.29, seorang anggota krew memaklumkan dan melaporkan bahawa pesawat itu telah membuat pendaratan kecemasan.

Pesawat itu dijumpai kira-kira 1.5 kilometer dari lapangan terbang.

“Tiada kebakaran berlaku. Krew dibawa keluar dari pesawat yang rosak,” kata perkhidmatan tanpa memberi perincian tentang kejadian itu. – MalaysiaGazette