KUALA LUMPUR – Muhammad Rayyan Khalaf menjadi pilihan nama anak sulung kepada pelakon, Elfira Loy dan suaminya, Khairol Faris Anuar.
Menerusi Instagramnya, Elfira berkongsi jantina serta nama pilihan buat cahaya matanya untuk tatapan peminat-peminatnya.
Dalam perkongsian itu juga, Elfira yang memuat naik gambar wajah bayinya selain mengimbau pengalaman kali pertama melalui proses kelahiran dan bergelar ibu.
“Semalam tidur bagai dibuai mimpi , every minutes in the labour room , every pain , ever moments i went through dia recap balik.
“Ya Allah macam tak percaya.terima kasih Ya Allah , terima kasih keluarga , terima kasih sahabat , terima kasih semua yang mendoakan kami,” katanya dalam kapsyen di Instagram.
Dalam perkongsian itu, Elfira turut memaklumkan dia dan anaknya berada dalam keadaan baik selepas bergelar ibu pada 1 Oktober lalu. – MalaysiaGazette