TERKINI : PKR Belum Terima Jemputan Hadir “Kongres Maruah Melayu” – Saifuddin Nasution

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan partinya tidak menerima sebarang jemputan untuk menghadiri ke Kongres Maruah Melayu di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam, Ahad ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan perkara itu meskipun masih tiga hari berbaki sebelum perhimpunan orang Melayu itu diadakan.

“Setakat ini, kakitangan pejabat saya (ibu pejabat Keadilan) tak terima apa-apa, saya di kementerian juga tak terima apa-apa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Merasmikan Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia anjuran Shopee hari ini.