Home Dunia Britain minta AS tarik semula imuniti isteri diplomat

Britain minta AS tarik semula imuniti isteri diplomat

Harry Dunn. foto Agensi

LONDON – Menteri Luar Britain menggesa Amerika Syarikat menimbang semula keputusannya membenarkan isteri diplomatnya yang terlibat dalam kemalangan kereta daripada menggunakan imuniti diplomatik untuk meninggalkan negara itu.

Harry Dunn, 19, maut selepas berlaku kemalangan berhampiran di pangkalan tentera udara yang digunakan oleh Amerika Syarikat di Northamptonshire di tengah England.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa,” kata Setiausaha Luar, Dominic Raab dalam satu kenyataan.

Polis berkata, Amerika Syarikat menggunakan pengecualian imuniti diplomatik untuk siasatan dan wawancara.

“Malangnya kami dimaklumkan pengecualian itu ditolak dan suspek telah meninggalkan United Kingdom,” kata Penguasa Polis Northamptonshire Sarah Johnson kepada televisyen Sky News.

Raab berkata, beliau menyesal keputusan Amerika Syarikat.

“Saya telah memanggil Duta Amerika Syarikat untuk menyatakan kekecewaan United Kingdom dengan keputusan mereka dan menggesa kedutaan untuk mempertimbangkan semula,” katanya. – MalaysiaGazette