Home Dunia 5 cucu Raja Sweden bebas dari istana

5 cucu Raja Sweden bebas dari istana

Keluarga diraja Sweden. foto Agensi

STOCKHOLM – Raja Sweden, Raja Carl XVI Gustaf telah mengeluarkan lima cucunya daripada kediaman diraja.

Keputusan itu, yang diumumkan dalam satu kenyataan yang diterbitkan oleh Mahkamah Diraja Sweden itu membabitkan dua anak lelaki Putera Carl Philip dan tiga orang anak-anak Puteri Madeleine.

Kini kelima-lima cucunya boleh hidup seperti biasa tanpa kawalan istana.

Dengan keputusan itu kanak-kanak itu tidak lagi memegang gelaran kebesaran dan dijangka tidak memikul tanggungjawab istana.

Meskipun begitu mereka masih menjadi sebahagian keluarga diraja dan mengekalkan gelaran putera dan puteri.

Malah, perubahan itu tidak menjejaskan kedudukan dua daripada cucunya yang berada dalam kedudukan barisan takhta.

Selain daripada melepaskan tugas-tugas kerajaan mereka, perubahan itu bermakna anak-anak yang berumur antara satu hingga lima tahun – tidak berhak menerima jumlah tahunan yang dibiayai oleh pembayar cukai.

Pakar Diraja, Roger Lundgren berkata, keputusan itu disebabkan pengawasan ketat terhadap peningkatan jumlah keturunan.

“Parlimen mengumumkan beberapa tahun lalu bahawa ia akan meninjau beberapa prinsip mengenai monarki, salah satu perkara adalah saiz keluarga,” katanya.

Beliau berkata, raja telah mengambil tindakan sendiri untuk menangani isu itu.

Selain itu, keluarga Puteri Beatrice dan Puteri Eugenie sedang mengejar kerjaya masing-masing. -MalaysiaGazette