LONDON – Penjaga gol Tottenham Hotspur, Hugo Lloris bakal terlepas aksi sehingga akhir tahun ini selepas pemain itu mengalami kecederaan pada hujung minggu lalu.
Berita itu disahkan oleh jurulatih skuad kebangsaan Perancis, Didier Deschamps.
“Kami tidak pasti berapa lama akan berehat namun yang pasti hingga akhir tahun.
”Malang buat kami kerana dia tidak dapat bersama untuk perlawanan pusingan ini atau mungkin aksi seterusnya,” katanya seperti dipetik talkSPORT.
Perancis akan mengharungi kempen kelayakan Euro 2020 menentang Iceland Jumaat ini dan Turki tiga hari kemudian.
Lloris terkehel siku ketika cuba menyelamatkan bola ketika bertemu Brighton yang menyaksikan bole terlepas daripada tangannya bagi membolehkan pasukan lawan menjaringkan gol.
Pada perlawanan itu Spurs tewas 0-3.
Penjaga gol Spurs itu diberikan bantuan pernafasan dan morfin sebelum dibawa keluar menuju ke hospital. – MalaysiaGazette