Pas berpendapat kadar Program Subsidi Petrol (PSP) sebanyak RM30 sebulan kepada kereta dan RM12 sebulan bagi motosikal adalah satu yang tidak relevan kepada rakyat.
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kadar subsidi RM1 sehari kepada golongan B40 dilihat tidak menepati matlamat sebenar subsidi itu.