HANOI – Malaysia akan berhati-hati dengan serangan balas Vietnam pada pertemuan Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 di Hanoi, esok.
Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berkata, pasukannya tidak mempu melakukan kesilapan khususnya di bahagian pertahanan kerana pemain-pemain lawan yang sedang bertahan mampu menukar corak kepada serangan dalam sekelip mata.
Beliau berata, sungguhpun Malaysia tidak dapat mengalahkan Vietnam dalam tiga pertemuan terakhir tatapi sejarah boleh tidak berulang.
Tan berkata, pasukannya telah bersedia menghadapi Vietnam yang bermian di halaman sendiri, lapor Viet Nam News.
Berbeza dengan Cheng Hoe yang tidak menghadapi masalah kecederaan pemain, pengendali pasukan Vietnam, Park Hang-seo berhadapan dengan masalah kecederaan yang dihadapi pemain tengah, Luong Xuan Truong yang tidak dapat beraksi pada perlawanan malam esok.
Pemain pertahanan Doan Van Hau yang bermain untuk Heerenveen pula hanya mempunyai dua hari untuk berlatih selepas terlepas penerbangan dari Belanda.
“Adalah malang saya membuang masa sehari latihan dengan pasukan kerana kelewatan penerbangan,” katanya.
“Bagaimanapun, saya sentiasa bersedia untuk bermain jika Park percayakan saya. Dua hari sudah mencukupi untuk saya bersaing dengan seluruh pasukan,” katanya
Hau, 20, merupakan pemain utama pertahanan Vietnam yang hanya melepaskan hanya satu gol dalam tiga pertemuan sebelum ini.
Pemain tengah, Do Hung Dung juga teruja untuk beraksi.
“Malaysia baharu sahaja mengalahkan Sri Lanka 6-0 pada perlawanan persahabatan. Ia meyuntik semangat kepada mereka. Bagaimanapun kami mempunyai kelebihan bermain di tempat sendiri dengan beribu-ribu penyokong,” katanya.
“Saya teruja untuk bermain dan mahu menjaringkan gol,” – Agensi