Kakitangan Utusan Melayu Sdn. Bhd. kini keliru selepas syarikat akhbar Melayu itu akan menghentikan operasinya hari ini.
Presiden NUJ Utusan Melayu, Mohd. Taufek Razak berkata, surat pekeliling syarikat yang diterima seramai 862 kakitangan menjelaskan merekan akan berkhidmat sehingga 30 Oktober ini dan masih dibayar gaji.
Menurut beliau, situasi itu menjadi persoalan buat kakitangan mengenai nasib mereka samada akan terus berkhidmat atau diberhentikan selepas hujung bulan ini.