KUALA LUMPUR – Pas menyeru Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat parti DAP dan semua pihak yang terlibat jika ada sebarang unsur tajaan dan penglibatan dengan puak pengganas.
Ketua Penerangan Pas, Kamaruzaman Mohamad berkata, parti iti memandang serius isu penangkapan Ahli Dewan Undangan Negeri Seremban, P. Jaya, P Gunasekaran dan G Saminathan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gadek semalam.
Mereka telah ditahan oleh Polis Anti Pengganas dari Bukit Aman di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Beliau yang memuji PDRM yang menjalankan tugas dengan cemerlang menjaga keselamatan negara daripada anasir keganasan berkata, parti itu konsisten dengan dasar anti-keganasan dan menentang sebarang pertalian dengan kumpulan pengganas yang boleh merobek keamanan dan keharmonian negara kita.
“Lebih berbahaya, mereka yang disyaki terlibat secara langsung dengan parti politik pemerintah sekarang,” katanya dalam satu kenyataan. – MalaysiaGazette