Home Dunia Pesawat kargo bawa kakitangan presiden terhempas, 8 penumpang dikhuatiri terbunuh

Pesawat kargo bawa kakitangan presiden terhempas, 8 penumpang dikhuatiri terbunuh

KINSHASA – Sebuah pesawat kargo yang membawa kakitangan Presiden terhempas di timur Congo, dan kesemua lapan penumpang dan anak kapal dikhuatiri terbunuh, kata seorang penasihat Presiden kepada Reuters.

Pesawat tersebut, membawa pemandu Presiden Felix Tshiseked, pengurus logistik dan beberapa orang anggota tentera, yang menuju ibu negara Kinshasa dari Goma hilang dari radar pada petang Khamis, sejam selepas berlepas, menurut kenyataan pihak berkuasa penerbangan awam.

Serpihan pesawat telah ditemui namun penumpang masih lagi hilang, kata Penasihat, Vidiye Tshimanga. .

Terdahulu, beliau memberitahu Reuters bahawa lapan mayat telah dijumpai tetapi menyatakan maklumat tersebut tidak betul.

Punca kejadian masih tidak jelas.

Media tempatan menunjukkan beratus-ratus penyokong Tshisekedi keluar di jalan raya di Kinshasa selepas berita itu tersebar pada pagi Jumaat, kerana bimbang kemalangan pesawat tersebut mungkin cubaan rampasan kuasa terhadap Tshisekedi.

Presiden itu mengambilalih kuasa daripada President Joseph Kabila pada tahun ini.

Tiada mahlumat untuk menyokong dakwaan tersebut. – Agensi