KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memperuntukkan RM200 juta untuk Bantuan Musim Tengkujuh kepada pekebun kecil getah yang layak di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS).
Selain itu, kerajaan juga akan menyediakan RM100 juta untuk Insentif Pengeluaran Getah pada tahun 2020 bertujuan meningkatkan pendapatan pekebun kecil yang terjejas akibat kejatuhan harga getah, kata Menteri Kewangan.
Menurut Lim Guan Eng, peruntukan itu kerana kerajaan memahami kesukaran akibat harga getah yang rendah dan penurunan hasil pada musim tengkujuh. – MalaysiaGazette