Home Belanjawan 2020 Suami boleh sumbang 2% untuk i-Suri

Suami boleh sumbang 2% untuk i-Suri

Seorang pejalan kaki sedang melalui hadapan bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena Belanjawan 2020 di sekitar Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 11 OKTOBER 2019

KUALA LUMPUR – Program i-Suri ini akan ditambah baik pada tahun depan bagi membolehkan suami memilih untuk menyumbang secara sukarela sebanyak dua peratus daripada 11 peratus carumannya ke dalam akaun KWSP isterinya, kata Menteri Kewangan.

Malah, kerajaan juga bercadang untuk memanjangkan manfaat di bawah i-Suri melalui perlindungan keselamatan sosial
di bawah Perkeso.

Sebanyak RM20 juta akan disediakan pada tahun hadapan kepada Perkeso bagi tujuan ini, kata Lim Guan Eng. – MalaysiaGazette