Home Sukan Euro 2020: Ramos cipta rekod bersama Sepanyol

Euro 2020: Ramos cipta rekod bersama Sepanyol

Ramos cipta sejarah dengan muncul sebagai pemain yang melakukan penampilan paling tinggi bersama pasukan Sepanyol setakat ini.

MADRID – Sergio Ramos melakar nama dalam sejarah Sepanyol dengan melakukan sebanyak 168 penampilan mewakili pasukan bola sepak kebangsaan itu peringkat antarabangsa.

Bintang Real Madrid itu memulakan kempen pusingan kelayakan Piala Euro 2020 pada malam Sabtu lalu di Norway.

Ia merupakan penampilan terbanyak berbanding mana-mana pemain kebangsaan lain setakat ini di Sepanyol.

Ia sekaligus memadamkan rekod 167 penampilan yang dipegang penjaga gol Sepanyol, Iker Casillas.

Pemain berusia 33 tahun itu juga muncul sebagai pemain paling banyak melakukan penampilan dalam sejarah Piala Euro memintas rekod yang dimiliki legenda Latvia Vitalijs Astafjevs.

Ramos mengharungi karier antarabangsa yang cemerlang apabila menjulang Piala Dunia bersama Sepanyol pada 2010, Piala Euro dua kali berturut-turut pada 2008 dan 2012 bersama skuad kebangsaan.

Ramos beraksi untuk Sepanyol dalam usia muda 18 tahun 361 hari.

Pada aksi menentang Norway, Sepanyol menang 1-0 tanpa bolos gol dan Ramos bercadang untuk menjuarai kejohanan kali ini sebelum bersara dari kerjayanya.-MalaysiaGazette