KUALA LUMPUR – Insiden kerosakan pada sistem eletrikal Loji Rawatan Air Sungai Langat, beberapa kawasan di Selangor hari ini mengalami gangguan bekalan air.
Menurut Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan komunikasi Pengurusan Air Selangor, Abdul Raof Ahmad insiden kerosakan itu menyebabkan lima pam air mentah tidak dapat beroperasi.
Keadaan itu menyebabkan penyusutan pengeluaran air terawat sebanyak 80 MLD dari pengeluaran harian sebanyak 470 MD.
“Ekoran insiden ini, beberapa kawasan di Wilayah Hulu Langat akan terkesan dan bantuan lori-lori tangki akan digerakkan dengan keutamaan kepada pelanggan dan premis kritikal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Abdul Raof, kerjasama pelanggan sepanjang tempoh gangguan sementara amat dihargai dan sila rujuk kepada talian Air Selangor 15300 atau WhatApss ke 019-280 0919/019-281 6793 untuk pertanyaan lanjut.- MalaysiaGazette