Home Nasional Anwar tolak cadangan kertas putih LTTE, beri ruang polis siasat

Anwar tolak cadangan kertas putih LTTE, beri ruang polis siasat

Pengerusi Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada media selepas Sesi Dialog dan Libat Urus Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 14 OKTOBER 2019

KUALA LUMPUR – Tidak ada keperluan untuk Dewan Rakyat membentangkan usul kertas putih terhadap isu penahanan 12 individu termasuk dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP berkaitan kes kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakyat mahupun kerajaan perlu memberikan ruang sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan siasatan tanpa gangguan sesiapa.

“Saya berpendapat kita harus beri ruang kepada polis tanpa perlu banyak persoalan,” katanya kepada media selepas menghadiri Sesi Dialog dan Lihat Urus Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen, hari ini.

Ahli Parlimen Port Dickson itu ditanya mengenai gesaan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang menuntut kertas putih perlu dibentangkan atas penyebaran ideologi, rangkaian organisasi dan kegiatan mereka yang disyaki terlibat dengan kumpulan “ekstremis” LTTE.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng telah meminta PSC mengenai Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri bagi mengadakan mesyuarat kecemasan berikutan penangkapan tujuh orang yang terlihat dalam menghidupkan semula LTTE.

Lip Eng pada Jumaat lalu, berkata PSC seharusnya menuntut polis menjelaskan penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), yang membolehkan penahanan tanpa bicara.

Ini kerana katanya, Pakatan Harapan (PH) telah berjanji untuk memansuhkan akta itu pada Mei tahun lalu.

Ujar Anwar lagi, beliau berpendapat cadangan itu tidak perlu kerana kuasa untuk membuat sebarang siasatan mengenai dakwaan itu adalah dibawah dalam bidang Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Saya rasa tidak perlu begitu sebab kita harus beri peluang kepada polis tentang masalah jenayah, keganasan sekiranya ada polis tidak harus rasa tertekan dengan terlalu banyak gangguan.

“Sebab itu dalam kes penahanan ini saya serah kepada budi bicara polis dan tentunya Kementerian Dalam Negeri akan tanganinya,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Kita x mahu negara ini jadi sarang penganas .apa apa ideologi penganas .harap polis ambil tindakan. Tegas x kira parti .mana pun

  2. Sokong tindakan polis .mana individu yg melaggar undang patut diambil tindakan sbelum jadi barah . X kira apa bangsa .agama dan fahaman.

Comments are closed.