Home Nasional Belanjawan 2020: Mahasiswa dapat apa?

Belanjawan 2020: Mahasiswa dapat apa?

Orang ramai tidak melepaskan peluang menonton siaran langsung pembentangan Belanjawan 2020 oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di kaca televisyen ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 11 OKTOBER 2019.

KUALA LUMPUR – Pembentangan Belanjawan 2020 oleh Menteri Kewangan baru-baru ini ternyata tidak menggembirakan mahasiswa di negara ini.

Ini kerana, belanjawan yang disifatkan “semua orang gembira” itu langsung tiada peruntukan khas kepada mahasiswa terutama baucer buku seperti yang telah dijanjikan oleh Dr Maszlee Malik pada sesi townhall di Universiti Malaysia Kelantan pada awal Mac lalu.

Kekecewaan ini juga terpalit dengan graduan yang baharu sahaja memulakan kehidupan apabila tiada insentif baru mahupun diskaun yang melibatkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata Ahli Parlimen Belia Malaysia, Anwar Ridhwan Muhammad Azhari.

“Malah dalam belanjawan 2020 baru ini tidak disebut langsung mengenai PTPTN.

“Perkara ini juga tidak selari dengan manifesto Pakatan Harapan yang menjanjikan pelbagai insentif buat mahasiswa dan belia,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, dalam menjadikan pendidikan sebagai agenda utama negara, kerajaan harus serius memandang
perkara ini.

“Harapan besar belia dan mahasiswa adalah untuk melihat kerajaan meletakkan golongan ini sebagai fokus utama dalam belanjawan akan datang,” tambah Anwar. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.