Home Sukan Lutut cedera, Sanchez bakal cuti panjang

Lutut cedera, Sanchez bakal cuti panjang

Alexis Sanchez. Foto Metro.UK

LONDON – Penyerang sayap Inter Milan, Alexis SanchezĀ  mengalami kecederaan lutut yang serius ketika beraksi mewakili Chile, lapor Sky Sports.

Sanchez yang menyertai Inter secara pinjaman dari Manchester United mengalami kecederaan pada babak kedua perlawanan menentang Colombia dalam satu perlawanan persahabatan yang berkesudahan seri tanpa jaringan.

Kecederaan tersebut menyebabkan beliau terpaksa dikeluarkan pada minit ke-87 perlawanan.

Menurut satu kenyataan dari Persekutuan Bola Sepak Chile, pemain berusia 30 tahun itu terseliuh pada bahagian tendon lutut.

Bagaimanapun tiada tempoh dinyatakan untuk Sanchez mengalami rawatan sehingga pemeriksaan susulan dilakukan terhadapnya.

Sanchez menyertai skuad kendalian Antonio Conte selama semusim pada Ogos lalu.

Dia menjaringkan gol pertama ketika penampilan pertama di Serie A dalam perlawanan menentang Sampdoria. – MalaysiaGazette