Home Seni Hidup Najwa dapat Sarjana TESL

Najwa dapat Sarjana TESL

KUALA LUMPUR – Penyanyi Najwa Latif akhirnya berjaya melengkapkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Malaya (UM).

Dia yang mencipta nama menerusi lagu Cinta Muka Buku itumenerima skrol pada majlis istiadat konvensyen kelmarin.

Selepas ini, Najwa, 24, memasang impian melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah (PhD) dalam jurusan sama.

Ketika ini, dia merupakan pensyarah di di UNITAR International University.

Single terbarunya, Kau Lupa Itu Aku (KLIA) yang dilancarkan dua bulan lalu kini meraih lebih sejuta tontonan. – MalaysiaGazette