PARIS – Pasukan Perancis hanya mampu menyamakan kedudukan seri 1-1 dalam perlawanan menentang Turki pada kelayakan Euro 2020 yang berlangsung awal pagi tadi.
Perlawanan yang berlangsung itu dibayangi ketegangan diplomatik dan keselamatan selepas Paris mengutuk Ankara kerana mengambil pendekatan ketenteraan terhadap anggota Kurdish di Syria.
Gol yang diperolehi Perancis diperoleh menerusi tandukan pemain gantian Olivier Giroud pada minit ke-76 namun, harapan untuk menang dihampakan apabila penyerang Turki, Kaan Ayhan menyamakan kedudukan pada minit ke enam menjadikan kedua-dua pasukan mendapat mata seri.
Turki kekal di tangga teratas Kumpulan H mengatasi juara dunia itu berdasarkan rekod pertemuan, biarpun Perancis berpeluang layak ke pusingan akhir dengan kemenangan ke atas Moldova di laman sendiri bulan depan.
Turki bakal menempah tiket jika mengelak kekalahan kepada Iceland di tangga ketiga, yang kini ketinggalan empat mata selepas menewaskan Andorra 2-0.
Berikut keputusan Kelayakan Euro 2020 yang berlangsung awal pagi tadi:-
Kosovo 2 – 0 Montenegro
Bulgaria 0 – 6 England
Ukraine 2 – 1 Portugal
Lithuania 1 – 2 Serbia
Moldova 0 – 4 Albania
Iceland 2 – 0 Andorra
Perancis 1 – 1 Turkey
– MalaysiaGazette