TERKINI : Anwar Jumpa Azmin Ali “Bincang Masalah Ekonomi Negara”

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat minum bersama dengan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di kantin Parlimen hari ini berkata, mereka berdua membincangkan mengenai isu ekonomi negara.

Jelasnya, mereka tidak langsung menyentuh mengenai isu politik mahupun mengenai parti.

“Kita cuma bincang mengenai ekonomi negara. Isu parti terkawal, parti baik dan ekonomi pun bincang.

“Bincang mengenai isu ekonomi negara selama 30 minit,” katanya kepada media yang mengerumuni beliau sebaik selesai membahaskan jet 2020 di Dewan Rakyat, hari ini.