KUALA LUMPUR – Di sebalik desakan penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya kerajaan memansuhkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu pula berpendapat sebaliknya.
Menurut Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu, akta tersebut seharusnya diperbaiki kerana ia boleh disalahgunakan.
“SOSMA tak perlu dimansuhkan pada pandangan saya, ia perlu diperbaiki dari masa ke semasa kerana SOSMA boleh disalahgunakan,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.
Semalam, Kit Siang menggesa kerajaan Persekutuan memansuhkan SOSMA seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) kerana pernah disalah guna terhadap pihak atau individu yang membongkar kegiatan korupsi.