NEW DELHI – Bayi malang yang ditemui ditanam hidup-hidup di Uttar Pradesh sedang bertarung dengan nyawanya.
Pakar paediatrik, Ravi Khanna memberitahu, bayi perempuan itu dalam keadaan kritikal disebabkan jangkitan dan platlet darah yang rendah
“Masih ada harapan untuk hidup tetapi keputusannya dalam tempoh lima dan tujuh hari ini,” katanya.
Polis masih mengesan ibu dan bapa bayi berkenaan.
Ketua Polis di darah Bareilly, Uttar Pradesh, Abhinandan Singh berkata, polis percaya mangsa ditanam oleh ibu bapanya kerana selepas berita penemuan bayi berkenaan tersebar masih belum ada yang untuk membantu siasatan.
Bayi berkenaan ditemui secara tidak sengaja apabila penduduk di sebuah kampung mahu mengebumi mayat anak perempuannya yang mati sebaik sahaja dilahirkan.
Selepas tanah digali pada kedalaman tiga kaki, mereka menemui periuk tanah dan terdengar bayi menangis.
Apabila membuka penutup periuk tersebut, mereka menemui seorang bayi perempuan, kata Singh semalam.
Ketua Paediatrik, Dr Saurabh Anjan berkata, mereka percaya bayi berkenaan baru berusia seminggu.
Malah, bayi berkenaan mungkin dilahirkan pramatang, kira-kira 30 minggu dan beratnya kira-kira 1.1 kilogram.
Dr Anjan berkata, bayi berkenaan juga mengalami hypothermic yang mana suhu badannya 35 celcius, sedangkan paras normal 36.5 celcius.
Dia juga mengalami paras gula dalam darah yang rendah iaity 35, sepatutnya 45. – MalaysiaGazette